May 1, 2011

sajak untuk sir long :)

lelaki itu....
mencatat sesuatu dalam diari putih
didakapnya penuh kesyukuran 
disitulah terhimpun segala maklumat
memeras otak memeras keringat.

   diusungnya beg yang lusuh itu 
   sarat helaian kertas berjilid
   tanpa mengenal lelah dan jemu
   terus menerus memburu waktu
   tanpa sekatan tanpa sempadan.

melakar mesra menghulur impian
demi anak-anak padang negara
menyelubungi tangkai hati
terasa seperti zuriat sendiri.

   lelaki itu seolah-olah melupai 
   hikmat bakti akan terhimpun
   sekian lama menghimpun budi
   diiringi ombak keperitaan dan kesedihan
   ditemani sang bayu yang kehangatan
   namun diharungi jua dengan pendayung kesabaran
   wajah selalu melakar senyuman
   sapaan lembut peuh kesopanan.

akhirnya...
2 mei , ternoktahlah jua
meninggalkan seribu kenangan 
seharusnya kita hormati
agar tidak terkubur mati
untuk tatapan sepanjang generasi
lelaki itu adalah guru sejati.

CHAI CHEAN
SIR LONG TIN PIAU :)
P/S : kami semua akan merindui sir long & iloveyou sir long :) !

No comments: